-->

Type something and hit enter

By On
Jika anda calon temuduga kerja kerajaan atau swasta, anda kena tahu kenapa ramai calon gagal ketika temuduga kerja kerajaan. pastikan anda tidak melakukan perkara yang boleh menyebabkan anda gagal dalam sesi temuduga. Kenapa ramai yang gagal ?

Sebab apa aku gagal temuduga ?


anda nak tahu sebab apa ?

jom baca di bawah .

sebab gagal Ketika Temuduga Kerja


Faktor utama anda gagal dalam temuduga adalah kerana :-

1. Kurang Profesional .

Masalah utama calon adalah mereka tidak profesional. Maksud nya adalah mereka tidak menganggap temuduga sebagai satu sesi formal.

Imej kurang profesional biasanya dapat dilihat pada pakaian dan juga penampilan calon.
tak salah nak bergaya, tapi pastikan anda mengikut peraturan pakaian yang ditetapkan dan yang paling penting adalah formal !

2. Tiada Persediaan.

Anda kena sedar, ramai calon yang hadir temuduga adalah mereka yang tidak bersedia untuk ditemuduga.

sebeb itu, calon akan mudah untuk gagal kerana kurang persediaan.

Ada calon yang datang, tetapi tak tahu jawatan apa yang dipohon.
bila diberikan tugas ada yang tak mampu nak lakukan walaupun ia berkaitan jawatan yang calon mohon.

jadi ini antara faktor kegagalan calon tersebut.

Bagaimana nak berjaya dalam temuduga ? Baca maklumat tersebut di sini - Rahsia lulus Temuduga Kerjaan .

3. Tidak Bercakap ketika temuduga.

Mana ada orang macam ni. hahaha

mungkin saya boleh kongsikan adalah mengenai calon yang kurang bercakap apabila ditanya. dalam bahasa mudah, kurang berinteraksi ketika sesi temuduga.

tapi satu lagi, anda kena elakkan dari menjadi terlalu ramah sehingga membuatkan penemuduga bosan dan rimas dengan anda.

cakap sekadar keperluan.

4. Berpolitik .

saya yakin ramai akan ' memuji kerajaan ' kerana nak markah lebih dalam temuduga.
ini antara satu faktor sebenarnya untuk anda berjaya dalam temuduga.

tapi jangan terlalu membangkang atau membodek.
beri komen berdasarkan gaya pemikiran dan pemahaman anda.

saya yakin, penemuduga akan dapat tangkap apa yang anda cuba sampaikan.

5. Masalah Pada Resume .

Selain dari penampilan diri, faktor utama yang menyumbang pada kegagalan temuduga adalah kerana resume yang dihantar kepada penemuduga.

Maklumat tak cukup.
Menipu dalam resume .

dan lain-lain.

bagaimana cara membuat resume terbaik ? - ketahui maklumat tersebut di - Panduan Buat Resume .

Akhir sekali, ramai sahaja calon yang gagal dalam temuduga kerja pertama tetapi bangkit selepas itu. ada yang tak perlu tunggu lama untuk temuduga kedua dan seterusnya.

ada juga yang terpaksa menunggu, tapi akhirnya berjaya memperoleh kejayaan.

Yang penting usaha dan pastikan anda menggunakan cara yang betul untuk sesi temuduga .
kalau tak tahu tips rahsia, kena cari.

saya ada kongsikan pautan rahsia terebut dalam entri sebelum ini di sini - 7 Rahsia dan Panduan Lulus Temuduga Kerja .

saya doakan entri berkaitan faktor kegagalan calon ketika temuduga ini akan membantu anda dan sesiapa sahaja untuk terus berjaya dalam sesi tersebut.

Insyaallah, aamiin.


Click to comment