-->

Type something and hit enter

By On
PANDUAN TEMUDUGA KERAJAAN 2017 !

PANDUAN TEMUDUGA KERAJAAN 2017 ! • Ya, aku tahu , aku jarang update blog ni . hehe

Sebenarnya, bukan mudah untuk mengekalkan seseorang dengan blog miliknya . tapi aku cuba untuk istiqamah dalam penulisan-penulisan ilmiah ini . baik, kali ini aku nak ceritakan sedikit panduan kepada anda mengenai panduan temuduga kerajaan 2017 .

Apa yang penting dalam temuduga adalah resume dan kebolehan bercakap dan menjawab soalan yang di tanyakan ketika temu duga . aku pernah di tanya mengenai isu-isu semasa dan di kaitkan dengan jawatan yang aku pohon .

masa tu terkejut juga, macam mana aku nak jawab ni . aku pun mulakan dengan beberapa perkataan dan tiba-tiba blank. tak boleh nak tunggu lama, aku cepat-cepat minta maaf sebab aku tak boleh jawab soalan tersebut .

Jangan risau penemuduga akan faham dengan korang. Nervous dan gementar itu normal . di luar bilik tu ramai lagi dok tunggu dan nervous depa lagi tinggi dari kita yang di dalam bilik tu kan.

Aku tekankan mengenai isu semasa agar korang sentiasa study mengenai nya. memang satu soalan atau dua soalan sahaja di tanya ,tetapi itu antara soalan paling susah untuk di jawab . kalau korang boleh jawab itu di kira bonus untuk korang .

Yang kedua pasal resume , tulis seelok dan sebaik mungkin mengenai korang dalam resume itu . ada perkara yang patut letak atau tidak patut letak kena korang ambil tahu . Kalau boleh gunakan resume terkini yang lebih memudahkan bacaan orang penemuduga .

Sewaktu aku di temu duga hari tu, aku ingat penemuduga aku tu tak baca resume dan terus tanya soalan.sebenarnya mereka lihat dulu resume tanpa korang tahu . yelah kan kita tengah nervous mana ada masa nak ambil tahu diorang tengah baca atau tidak kan . hehe

jadi, bagi aku dua benda ini akan menjadi panduan temuduga kerajaan untuk korang yang mencarinya . Kalau yang kali pertama di temu duga, tolong jangan nervous sangat dan rileks sahaja . penemuduga tak makan orang . hehehe

Semoga pembacaan korang mengenai PANDUAN TEMUDUGA KERAJAAN 2017 ! membantu kalian untuk berjaya dalam temuduga nanti . teruskan membaca maklumat dalam blog ini dan aku harap sangat ia membantu kalian .

Sekian .

Click to comment